AMAset MasjidPengurusan Aset Masjid
← Laman Utama
NOTIS PRIVASI

Bagaimana data digunakan dan dilindungi.

Notis ini menerangkan maklumat yang diproses apabila anda mendaftar, melanggan atau menggunakan platform Aset Masjid.

Dikemas kini: 24 Ogos 2026

1. Skop notis ini

Notis ini terpakai kepada laman utama, portal pendaftaran, portal pelanggan dan modul pengurusan aset di bawah Aset Masjid. Institusi pelanggan kekal bertanggungjawab terhadap kesahihan dan penggunaan data operasi yang dimasukkan oleh pengguna mereka.

Maklumat yang mungkin diproses

  • Maklumat akaun seperti nama, e-mel, nombor telefon, institusi dan peranan pengguna.
  • Maklumat pengurusan aset, inventori, penerimaan, penyelenggaraan, audit, gambar dan lampiran yang dimasukkan oleh institusi.
  • Maklumat langganan, rujukan pembayaran dan status transaksi. Maklumat kad/perbankan sensitif diproses oleh penyedia pembayaran yang berkenaan dan bukan disimpan sebagai data kad oleh platform ini.
  • Maklumat teknikal dan keselamatan seperti alamat IP, log masuk, audit trail, jenis peranti dan rekod aktiviti yang diperlukan untuk keselamatan dan operasi.
  • Jika Google Sign-In digunakan, platform menerima maklumat identiti asas yang dibenarkan seperti nama dan alamat e-mel yang disahkan; kata laluan Google tidak diterima oleh platform.

2. Tujuan pemprosesan

  • Mencipta, mengesahkan dan mengurus akaun serta portal masjid/surau/institusi.
  • Menyediakan fungsi pengurusan aset, laporan, notifikasi, langganan, sokongan dan keselamatan.
  • Mengesan penyalahgunaan, percubaan log masuk mencurigakan, ralat sistem dan isu teknikal.
  • Menghantar e-mel pengesahan, reset kata laluan, notifikasi operasi dan maklumat berkaitan perkhidmatan.
  • Memenuhi kewajipan undang-undang atau permintaan pihak berkuasa yang sah apabila berkenaan.

3. Perkongsian dan penyedia perkhidmatan

Data hanya dikongsi apabila diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan, contohnya penyedia hosting, penghantaran e-mel, Google Sign-In, Cloudflare Turnstile, gerbang pembayaran atau penyedia teknikal lain yang diaktifkan oleh platform. Kami tidak menjual data pelanggan kepada pengiklan.

Setiap integrasi pihak ketiga tertakluk juga kepada terma dan polisi privasi penyedia masing-masing.

4. Penyimpanan, keselamatan dan akses

Langkah keselamatan teknikal dan pentadbiran digunakan mengikut keupayaan sistem, termasuk kawalan akses, hashing kata laluan, token sesi, audit log dan pengasingan tenant. Tiada sistem boleh menjamin keselamatan mutlak; pengguna juga bertanggungjawab menjaga kelayakan log masuk dan akses peranti mereka.

Data disimpan selama diperlukan untuk operasi akaun, rekod transaksi, audit, penyelesaian pertikaian atau tempoh yang dikehendaki oleh keperluan undang-undang/operasi yang berkenaan.

5. Hak dan permintaan pengguna

Anda boleh meminta pembetulan maklumat akaun, bantuan akses, penjelasan penggunaan data atau penutupan akaun melalui pentadbir institusi atau saluran sokongan platform. Sesetengah rekod mungkin perlu dikekalkan untuk tujuan transaksi, audit, keselamatan atau pematuhan.

Hubungi: admin@sistemmasjid.com

Pembangunan & teknologiMuafakat Technology
Muafakat Technology
© 2026 Aset Masjid · Terma Penggunaan · Laman Utama